Thursday, November 10, 2011

Bangga Kane Tagged !

Salam Readers,

Hari nie dengan bangganya aku kane tagged dengan manusia bernama Nur Afifah binti Mohamed. Siapa sebenarnya hamba allah nie? sebelum aku cita lebih lanjut apa kata kita baca rules untuk game nie dulu =)

1. You must post this rules
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal 
3. Answer the questions tagger set for you in their post. And create 11 new questions for people you tagged to answer
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her
6. No tag back!




                    11 Things about me :


1.   Kuat makan
2.   Senang berkawan tapi kadang-kadang orang salah faham
3.   Boley cair bila orang bagi "Asam Pedas"
4.   Kuat bercakap bila rasa selesa dengan seseorang
5.   Berat 58kg dan harap-harap hujung tahun nie cecah 60kg
6.   Kurang bercakap dengan family
7.   Suka belajar tapi bukan "Nerd"
8.   Gaya macam sombong ---> Orang cakap
9.   Muka budak baik ----> Pensyarah sendiri cakap
10. Anak kesayangan keluarga. Hahaha
11. Suka dengan kira-kira ---> Tak boley hidup kalau takde


Masanya untuk menjawab soalan cik keju a.k.a fiefa, pipot =)


1. Siapa Nur Afifa Mohamed bagi kamu?
- Kawan yang boley di buat berbincang, pendengar yang setia, seorang yang easy going, senang nak ajak keluar. Oke stop! kembang kang die


2. Dua benda yang korang tak bole lupa sepanjang hidup?
- Penah kane tampar dengan abang long
- umi cakap "umi sayang firdaus"


3. Siapa korang 3 tahun lagi?
- Masih belajar dekat UiTM lagi, final year degree. InsyaAllah


4. Empat benda yang korang paling sayang?
- Laptop
Hand phone
- Unifi
- Beg


5. Lima kenangan yang tak dapat korang lupakan?
- Trial dapat 7A Tapi SPM ke laut !
- PMR dapat RM400 dari abah sebab dapat ___ walaupun tak pegi tuisyen (pandai2 agak lah berapa aku dapat)
- Kane sebat dekat punggung sebab main bola dalam kelas
- Kane tampar dengan abang long
-  Family Day dengan family dekat melaka tahun lepas


6. Sebelum tydo apa yang korang buat?
- Dota, Movies, Makan, Music


7. Kahwin : bila, kat mana, theme, dengan siapa?
- Susah nak jawab soalan nie cik fie, kita tunggu bila sampai seru.


8. Listkan nama ex-gf/ex-bf korang?
- Tak payah lah, blog aku baru nak "cool" kang jadi HOT balik. Tak nak kontroversi. Hahaha


9. Apa yang korang nak sangat buat dalam hidup?
- Bantu keluarga, bawak umi dengan abah pegi haji


10. Makanan yang korang tak boley makan?
- Maggie dengan milo susu sebab maggie buat aku sakit perut, milo susu pulak buat aku cirit birit


11. Bosan tak soalan aku?
- specchless -,-" 


Habis jugak aku jawab soalan cik fiefa. Hahahaha, Sekarang nie aku nak jadi orang pertama yang break the rules jyeahhhhh ! bosan lah kalau asyik follow rules jea. hehe


I'm not gonna tag anyone here. I just answer the questions from miss fie =)


Happy reading !


p/s : 1 jam aku nak habiskan jawab soalan die =,="











Friday, November 4, 2011

Results =)

Salam Readers,



Alhamdulillah adalah ayat pertama yang aku ungkapkan semasa ternampak (memang nak tengok LOL) slip keputusan untuk semester 5.

Sangat tak percaya sebab :

     " Semua paper aku keluar awal "   

Memang tak sempat nak check balik apa yang dah tulis (confident lebih). lepas tengok result aku beryukur tak terhingga. Majoriti semua subjek aku tak letak harapan dapat A tapi ada hikmahnya dan salah-satunya Allah nak tunjuk kalau kita dah berusaha pasti kita akan dapat kejayaan. Bab keluar awal atau lambat tu belakang cerita yang penting kita dah berusaha.

Aku cuma tulis 3 subjek nie sahaja sebab antara banyak-banyak subjek yang 3 nie lah paling aku takut dan tak target tinggi LANGSUNG tapi " it was unexpected and shocked me till now "

1) INS312          A-  
 (Time final blur plus tak tahu apa yg aku jawab tau-tau lepas 1 jam dah keluar dewan)
2) FIN320          A    
 (Carrymarks paling rendah compared subjek lain dengan berbaki 24)
3) MGT340        A    
 (Carrymarks dah oke tapi final pulak banyak careless. Seriuz target B+ jea) 

Subjek yang lain semuanya okey sebab aku memang confident boley dapat. Alhamdulillah, usaha yang tak putus-putus membuahkan hasil. Siapa cakap kalau jadi NR result menurun? I'm strongly not agreed !

For conclusion, Thanks to my parents sebab tak putus-putus doakan anak die sorang nie dan support financial every semester, Thanks to my friends and my housemate sebab banyak bagi nasihat dengan menceriakan hari-hari aku. Takpela, kali nie jea aku post pasal result, lepas nie takde lagi. Cuma nak berkongsi pengalaman dengan readers =)

P/s : Mintak maaf sangat-sangat dekat "die" sebab ajar aku FIN320 sampai dapat A tapi die tak dapat. Jasa mu akan aku kenang. I'm truly sorry my tutor =(

1 MORE SEM GUYS FOR GRADUATION =)

Thursday, October 27, 2011

Nothing to Take Personally

Salam to all my readers, 




First of all, I want to make it clear. I don't take it personally what you had done. I know it was all my fault because i didn't keep our promises. (Janji Melayu)

Honestly, that was my first time I saw your truly colors (Muka Benggang). Of course i feel bad and trying to keep our conversation more interesting but unfortunately you don't give me damn look at all.

That's why i keep silents and give you some space because i know that was my fault. Don't worry, i don't take it personally and i'm not sulking at all.

As a conclusion, You know me better than anyone else. Previous incident was absolutely my fault. You do the right thing! I'm not mad or sulk for what you've done. That's your right. I'm pretty sure you will read this ugly blog, so, Don't feel any guilty because the incident was completely my fault.

I should ask forgiveness from YOU, yes YOU THERE, Not YOUR LEFT but YOU !

p/s : Just be like you always used to be. Do text me if you don't feel anything instead  " Beb, kalau terasa or terkecil hati DM aku oke =) " - Kalau aku terasa or terkecil hati baru  nak aku DM kau? I don't take it personally  so, tak payah DM la kan? Haha, Papehal text la kalau nak lepak. Sorry reply lambat siang tadi. Orang bujang baru bangun kan. Hehe =)



Tuesday, October 18, 2011

Siapa Aku?

Salam Readers,

Baru jea kejap tadi update new post kan tapi sekarang ada new post lagi. Well, banyak benda nak story. HAHA (gelak kejam)

Cerita kali nie "Siapa Aku?" bukan bermaksud yang aku tak kenal siapa aku sebenarnya tapi siapa aku dekat hati diewnk yang aku sayang? (Absolutely My Parents). Baru-baru nie diewnk pegi Thailand (Bangkok) bercuti dan aku tak dapat ikot sebabnya :

     1) Diewnk ingat aku masih lagi dekat UiTM Segamat, Johor
     2) Diewnk sudah tempah ticket 2 bulan sebelum pegi
    
Masa mula-mula dapat tahu yang diewnk nak pegi Bangkok memang excited sangat sebab ingat dapat ikot sekali tapi rupanya "They going without me". Takpe lah, aku pun dah pasang niat lain nak enjoy puas-puas masa diewnk takda (Setakat pegi mid tengok cite Real Steal kira enjoy ke??).

3 hari kat rumah takde diewnk, terpaksa makan sorang-sorang (kane masak sendiri), tido sorang-sorang dan yang paling best sekali kane basuh pinggan, cuci baju, kemas rumah semua sangat penat! diewnk sampai rumah tepat pukol 12am, ingatkan dapat lepas rindu semua tapi belum sempat aku nak bukak mulut dah kane bising dengan umie sebab habuk (nie memang spoil mood kaw-kaw punya)

Bayangkan lah benda sekecik tu umie boley perasan tapi benda besar macam basuh pinggan, basuh baju, beli barang dapur semua tak nampak. Time nie memang down gila, terus aku masuk bilik bukak laptop, sumbat earphone and play music. Next day, aku bangun terus tengok barang-barang yang diewnk beli kat bangkok. Takde satu pun barang untuk aku. yes! takde satu pun.

Sangat terasa bila :

     Nadiah : Tayang seluar, baju, purse and barang make up beli dekat bangkok.
     Hafiz    : Tayang jacket yang harga Malaysia around RM200++

Lagi terasa bila diewnk boleh beli untuk menantu dengan cucu die, cakap pun tak guna kann?? Meh sine aku tunjuk cikit :


Untuk anak buah aku Danial


Yang nie untuk adik sedara kau Tina


Nie adik aku Nurul Nadiah punya


Even abang dengan kakak ipar aku pun dapat jugak 

Walaupun tak dapat apa-apa barang dari bangkok, aku tetap bersyukur sebab diewnk pegi dan balik dengan selamat. Bila fikir balik dalam-dalam aku rasa tak perlu nak terasa sebab barang yang aku nak tak dapat tak boleh tandingi kasih sayang aku dekat diewnk. Mungkin diewnk lupa, atau mungkin diewnk tak cukup bajet. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku dan yang paling penting fikir secara positif dan tak perlu nak makan hati semua bagai.

Akhir kata : "Pengalaman Mematangkan Kita"

Terasa Diri Itu Tua

Salam readers,

Buka cerita dengan Bismillah.......... Amin =)

Hari nie baru dapat tahu yang sedara aku baru mendirikan Masjid. Sangat tak percaya boleh? Mana tak percaya kalau budak tu muda setahun daripada aku. Aku punya lah target umur 30 tahun baru nak kahwin tapi die baru 19 tahun dah kahwin.

Rasanya masa umur aku dah 30 tahun die dah ada 3 - 4 orang anak, terasa diri nie tua lah pulak! Masa kecik-kecik dulu kalau pegi jalan-jalan mesti ajak die, apa aku dapat semua die dapat, sayang betol keluarga aku dekat die tapi bila kau kahwin aku tak dapat datang. I'm so sorry,

Akhir kata, Semoga kau dan isteri hidup dengan bahagia sampai ke anak cucu. Jodoh pertemuan semuanya datang dari Allah S.W.T. Seriously, happy tengok kau dah ada tanggungjawab sekarang. HAHA!

           Selamat pengantin baru Amirul dan isteri (taktau nama)
           Semoga hidup bahagia ke anak cucu  =)

Saturday, September 24, 2011

Tabiat Baru Yang Tak Elok Di Amalkan

Salam Reader,

Hari nie tercapai jugak kemuncak nak tulis sesuatu dekat blog "Elak Kontroversi". Kalau dulu blog aku nie tumpuan orang cari gaduh, Readers yang gaduh tu pulak jenis cepat terasa walaupun aku tak tulis nama diewnk, ayat yang senang untuk korang faham "Cepat Perasan" tapi hari nie bukan nak cite pasal cepat perasan.

Cerita hari nie pasal tabiat baru yang tak elok di amalkan, Mesti korang tertanya-tanya sambil garu kepala kan??

Tabiat baru yang aku maksudkan ialah tabiat :

"Malas" 

Sekarang nie dah lah musim peperiksaan, tabiat malas yang tahap maksimum memang suka datang masa-masa macam nie, Kadang-kadang tak boley kawal, punya lah seksa nak didik diri sendiri.

Aku baru bukak buku Financial Analysis (Fin320) tak sampai 2 minute, tau-tau dah menguap dan terus takde niat nak belajar Tapi bilik kalah orang belajar 24/7 sehari. 

Untuk ulasan lebih lanjut, kita layan gambar yang sempat aku amek : 



Nampak dah usaha kat situ ! HaHa =D



Nota, latihan, kertas ujian, kertas quiz, semua dah keluar.
Nak buat kertas peperiksaan tahun-tahun sebelum nie sangat 
"PEMALAS" 

InsyAllah, esok aku paksa diri belajar dan kalau boley dapat habiskan semua topik sebelum isnin, Tabiat baru nie memang tak wajar di praktikkan, kalau boley buang jauh-jauh atau tanam sampai tak boley korek lagi. Akhir kata ikot akal menyesal, ikot hati merana, sebaik-baiknya didik hati dan akal untuk lebih berdisiplin.

Pengalaman mematangkan manusia,


Friday, September 23, 2011

Hati Orang Siapa Yang Tahu



Salam Readers,

Dah lama tak bukak warung dekat blog yang tercinta, hehe..
Tu yang sampai hilang semua benda.. 
penat kumpul followers. 

Straight to the point ! 

Bila cakap pasal hati, kita manusia yang kerdil nie memang tak kenal hati manusia yang lain,
Tapi Ummie (Ibu) selalu pesan dekat aku yang berbunyi :

"Memang kita tak boley baca hati orang tapi kita boley tengok zahir die"

Ayat nie selalu bermain-main di fikiran ku, Baru-baru nie aku ada mintak slide dekat rakan-rakan sekelas yang seramai 9 orang termasuk aku, sangat sedih bila belajar dalam kelas yang hanya ada 7 perempuan dan hanya 2 lelaki. 

Semester nie aku sangat bermasalah sebab aku dah jadi non-resident (NR), kemudahan kolej tak diberikan lagi, terpaksa jugak lah berdikari untuk meneruskan perjuangan. Nak pergi kelas bergantung kepada teman serumah, Alhamdulillah, walaupun sakit, perit dapat jugak aku habiskan ke akhir semester. 

Kebetulan, kuliah yang terakhir aku tak pegi sebab aku terlupa kelas subjek Fin327 ada waktu petang, aku terlalu tumpukan kelas insurance pagi selasa. Bila dapat tahu kelas insurance batal, tu yang laju balik kuala lumpur.

Selepas seminggu berada di kuala lumpur, aku pulang ke segamat untuk mejalani peperiksaan, aku sangat terkilan dan sedih (termenung jauh) bila aku mintak slide untuk kelas Fin327 yang terakhir. Rata-rata semua cakap :

"Sorry takde"    "mintak dekat orang lain"    

Ya Allah, Tak logik kalau dalam kelas ada 9 orang. Rata-rata semua cakap takde, padahal lecturer sendiri cakap dah bagi dekat diewnk. Apa lah dosa aku sampai semua kedekut sangat nak bagi slide. Aku bukan mintak duit siapa-siapa, Salah ke kalau nak berkongsi ilmu?? 

Dalam musim peperiksaan nie lah Allah nak tunjukkan sifat sebenar korang. Aku tahu ramai budak-budak kelas tak suka dengan aku. Mungkin sebab aku tak kaya, Aku tak "good looking", aku kaki ponteng kelas, aku tak pakai barang-barang berjenama, aku tak pandai mengagung-agungkan orang, mungkin sebab aku tak rajin macam diewnk, mungkin aku cuma bebanan kalau kumpulan dengan diewnk. Macam-macam kemungkinan boley berlaku.

Takpela, kalau orang dah tak suka, aku pun manusia biasa, kadang-kadang buat silap jugak. 

Akhir kata, Mudah-mudahan Allah bukak pintu hati salah sorang dari diewnk. Tak salah kita berkongsi ilmu, razeki masing-masing, tak perlu nak cemburu tapi menutup periuk masa depan orang lain sepatutnya dielakkan.