Friday, September 23, 2011

Hati Orang Siapa Yang Tahu



Salam Readers,

Dah lama tak bukak warung dekat blog yang tercinta, hehe..
Tu yang sampai hilang semua benda.. 
penat kumpul followers. 

Straight to the point ! 

Bila cakap pasal hati, kita manusia yang kerdil nie memang tak kenal hati manusia yang lain,
Tapi Ummie (Ibu) selalu pesan dekat aku yang berbunyi :

"Memang kita tak boley baca hati orang tapi kita boley tengok zahir die"

Ayat nie selalu bermain-main di fikiran ku, Baru-baru nie aku ada mintak slide dekat rakan-rakan sekelas yang seramai 9 orang termasuk aku, sangat sedih bila belajar dalam kelas yang hanya ada 7 perempuan dan hanya 2 lelaki. 

Semester nie aku sangat bermasalah sebab aku dah jadi non-resident (NR), kemudahan kolej tak diberikan lagi, terpaksa jugak lah berdikari untuk meneruskan perjuangan. Nak pergi kelas bergantung kepada teman serumah, Alhamdulillah, walaupun sakit, perit dapat jugak aku habiskan ke akhir semester. 

Kebetulan, kuliah yang terakhir aku tak pegi sebab aku terlupa kelas subjek Fin327 ada waktu petang, aku terlalu tumpukan kelas insurance pagi selasa. Bila dapat tahu kelas insurance batal, tu yang laju balik kuala lumpur.

Selepas seminggu berada di kuala lumpur, aku pulang ke segamat untuk mejalani peperiksaan, aku sangat terkilan dan sedih (termenung jauh) bila aku mintak slide untuk kelas Fin327 yang terakhir. Rata-rata semua cakap :

"Sorry takde"    "mintak dekat orang lain"    

Ya Allah, Tak logik kalau dalam kelas ada 9 orang. Rata-rata semua cakap takde, padahal lecturer sendiri cakap dah bagi dekat diewnk. Apa lah dosa aku sampai semua kedekut sangat nak bagi slide. Aku bukan mintak duit siapa-siapa, Salah ke kalau nak berkongsi ilmu?? 

Dalam musim peperiksaan nie lah Allah nak tunjukkan sifat sebenar korang. Aku tahu ramai budak-budak kelas tak suka dengan aku. Mungkin sebab aku tak kaya, Aku tak "good looking", aku kaki ponteng kelas, aku tak pakai barang-barang berjenama, aku tak pandai mengagung-agungkan orang, mungkin sebab aku tak rajin macam diewnk, mungkin aku cuma bebanan kalau kumpulan dengan diewnk. Macam-macam kemungkinan boley berlaku.

Takpela, kalau orang dah tak suka, aku pun manusia biasa, kadang-kadang buat silap jugak. 

Akhir kata, Mudah-mudahan Allah bukak pintu hati salah sorang dari diewnk. Tak salah kita berkongsi ilmu, razeki masing-masing, tak perlu nak cemburu tapi menutup periuk masa depan orang lain sepatutnya dielakkan. 


No comments:

Post a Comment